Prudential BSN Takaful Berhad




Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) telah diberikan kelulusan untuk mengendalikan perniagaan Takaful daripada Bank Negara Malaysia pada awal tahun 2006.

PruBSN adalah satu perkongsian di antara Prudential Holdings (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN), dua syarikat kewangan yang sememangnya telah diketahui kukuhnya dalam bidang masing-masing. Prudential telah ditubuhkan pada tahun 1848 dan telah bermula sebagai kehidupan yang terkemuka dan pembekal pencen di United Kingdom.

Hari ini, Prudential merupakan salah satu kumpulan perkhidmatan kewangan yang terbesar di dunia dan dipercayai keberkesanannya. Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) di Malaysia telah bertapak selama lebih 80 tahun. Bagi Bank Simpanan Nasional (BSN) pula telah dilancarkan pada tahun 1974, dan hari ini BSN telah mempunyai 9 juta pelanggan yang diservis oleh 5100 pekerja BSN dihampir 400 cawangan di seluruh negara. BSN merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan. Kedua organisasi yang kuat bergabung untuk menghasilkan satu imej baru yang dinamakan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN). 

Perkongsian di antara Prudential dan BSN menyediakan satu struktur yang lebih kukuh memandangkan kekuatan Prudential dan BSN mencipta satu peluang yang sangat besar untuk mempercepatkan pertumbuhan industri Takaful di negara ini. 

Walaupun PruBSN baru ditubuhkan selam 5 tahun tetapi dengan kekuatan jenama PruBSN telah meraih kepercayaan orang Malaysia untuk mendapatkan perlindungan dari segi kehidupan, rawatan dan lain-lain. Ini kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada kita di masa hadapan. 

Perumpamaan menyediakan payung sebelum hujan, ini bermaksud sebelum berlaku apa-apa pada kita, kita telah terlebih dahalu menyiapkan segala persiapan.


Untuk Pertanyaan Boleh Hubungi:

AHMEED AZAHARUDDIN 
No Mobile : 013-3532 953
No Office : 03-4145 5800
Fax : 03-4145 5870
Prudential BSN Takaful Berhad
4th Floor, Lot 3A, Jalan Wangsa Delima 10
D'Wangsa, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Email : ahmeedazaharuddin89@gmail.com