PruBSN Ummah





 Apakah itu PruBSN Ummah?
  • satu pelan Takaful keluarga yang direka untuk membantu memenuhi keperluan rohaniah umat Islam selain keperluan duniawi.
  • menyediakan anda perlindungan dan simpanan, serta manfaat-manfaat yang akan membantu dalam pencarian rohaniah anda.
Siapakah yang layak untuk menyertainya? Anda di antara yang berumur 19-60 tahun layak untuk menyertainya.

Sebagai peserta, anda mungkin layak menerima bonus loyalti. Dengan kesemua faedah istimewa ini, kami percaya bahawa PruBSN Ummah akan membantu anda menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dapat memenuhi keperluan rohaniah anda pada masa yang sama, memastikan anda dilindungi. 

 
Manfaat-manfaat Haji/Umrah
  • Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
  • Kami akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Bada Haji.
  • Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.
Bonus Loyalti
  • Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
  • Pelan ini jega menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh tertakluk kepada terma dan syarat.
Jaminan kewangan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh
  • Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
  • Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
  • Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.
Manfaat-manfaat Penyakit Kritikal
  • Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.
Tingkatkan simpanan anda
  • Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji, Umrah atau tujuan-tujuan lain. Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.
Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi
  • Wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.
 
Secara ringkas :

Panjang umur= Keluarkan simpanan untuk pergi menunaikan Haji.

Penyakit Kritikal= Duit Rawatan diberikan + Sijil Percuma dan keluarkan simpanan pergi menunaikan haji

Meninggal dunia= Jika di Malaysia= Jumlah Perlindungan + baki simpanan + upah haji (PruBSN tanggung)

Meninggal dunia di Mekah= 2 kali perlindungan + Baki simpanan + upah haji