Medical Card

Apa Itu Medical Card?


Apa Itu Medical Card Prudential BSN Takaful?

Medical Card (Takafulink) merupakan Pelan Takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur bermula seawal umur 2 minggu hingga umur 60 tahun semasa peserta memohon atau membeli pelan ini.
Pelindungan pula berjalan sama ada hingga umur 70 tahun atau 80 tahun mengikut pilihan peserta sendiri. Pemilihan ini akan menyebabkan perbezaan caruman bulanan.

Nama bagi pelan ini ialah Takaful Health . Pelan ini mempunyai 5 pilihan untuk peserta pilih mengikut kemampuan kewangan dan keperluan diri sendiri. Pelan2 tersebut seperti berikut;

a. Pelan 1 : RM500,000.00
b. Pelan 2 : RM625,000.00
c. Pelan 3 : RM750,000.00
d. Pelan 4 : RM1,000,000.00
e. Pelan 5 : RM1,500,000.00

Setiap pelan tersebut mempunyai had asas penggunaan tahunan seperti berikut;

a. Pelan 1 : RM50.000
b. Pelan 2 : RM62,500.00
c. Pelan 3 : RM75,000.00
d. Pelan 4 : RM100,000.00
e. Pelan 5 : RM150,000.00
Ini ialah had maksima asas yang dibenarkan.Tetapi peserta juga diberi
pilihan memilih perbelanjaan tanpa had bagi setiap pelan semasa
mula membeli polisi, tetapi harus diingatkan caruman akan meningkat
mengikut setiap pelindungan (raider ) yang peserta pilih.
NCB
Selain itu,pelan ini juga mempunyai NCB ( None Claim Bonus ). NCB ini
membawa maksud sekiranya pada tahun semasa peserta tidak mengunakan
medical card pihak syarikat akan memberikan bonus kepada peserta dengan
sejumlah wang akan di kreditkan kedalam akaun polisi peserta seperti jadual
di bawah;
a. Pelan 1 : RM100.00
b. Pelan 2 : RM150.00
c. Pelan 3 : RM300.00
d. Pelan 4 : RM400.00
e. Pelan 5 : RM500.00